Friday, October 10, 2014

Download Vector Percuma

http://all-free-download.com/free-vector/vector-cartoon/

Pelbagai Font

Download 10,000 fonts with one click for just $19.95. The Ultimate Font Download is the largest and best selling font collection online. The fonts are licensed for personal and commercial use. Download 10,000 fonts today. Instant and unlimited access to 10,000 fonts. Click Here For Details

      

Animal Fonts - Page 3

3
>
Page 3 of 3

Ketahui kemampuan komputer sebelum memasang sebarang game

  • Periksa sama ada komputer anda 32bit atau 64bit sebelum pasang Java Runtime Environment ini ok. :D
  • Selepas itu,pasang ActiveX/Java Plugin pula jika anda belum memasang ActiveX/Java Plugin di komputer anda.
  • Selepas itu,anda bolehlah pergi ke laman ini.
  • Lihat contoh gambar di bawah ini. Klik je butang ‘Can You Run It‘.
Kemudian, anda ‘dipaksa’ memasang java plugin. Anda perlu ‘Agree’ je. Tak susah pun.
Siap. Akhirnya, result akan keluar seperti di bawah:
Taufik Mansor: Kalau keputusannya kurang memuaskan, anda perlulah upgrade hardware komputer anda itu. Selamat mencuba. :D

Pasang atau kemaskini pelbagai perisian secara sekaligus

Ninite is a service that lets users automatically install popular applications for their operating system. It allows users to make a selection from a list of applications and bundles the selection into a single installer package.
There are currently two versions of the service, for Windows and Linux. It is free for personal use. A paid version, Ninite Pro, is available for business use. Ninite is developed by Patrick Swieskowski and Sascha Kuzins.
Ninite works on Windows XP, Windows Vista, Windows 7 and Debian-based variants of Linux, such as Ubuntu. It presents the user with a list of programs and generates a custom installer executable based on the user’s selection. When ran, the installer downloads and installs the selected applications.
The authors of this program claim that their installer does not interfere with your system when you use it to install software chosen from their service, although the Linux version does send some information back to the developers.

Sumber : http://www.taufiksm.com/ 

Elak dari Digodam

  1. Ramai hacker yang hijack Facebook si mangsa dengan menggunakan extensionFiresheep dan Chinaman Facebook Hacker. So, sila hati-hati dengan extensionFiresheep dan Chinaman Facebook Hacker.
  2. Sila berhati-hati dengan aplikasi Android seperti FaceNiff. Aplikasi FaceNiff selalu digunakan oleh hacker untuk hijack akaun Facebook si mangsa.
  3. Selain itu, perisian seperti Aircrack-ng dan dsniff selalu digunakan hacker untuk hack akaun Facebook. So, beware.
  4. Sila aktifkan Https di akaun Facebook anda melalui setting Account Security di akaun Facebook anda.
  5. Jangan lupa log out setelah tidak menggunakan Facebook.
  6. Wajib selidik atau memeriksa sebarang link pemendek seperti http://goo.gl/M3lNj,http://bit.ly/Y97Bhttp://adf.ly/Zpk dan sebagainya sebelum klik link tersebut. Banyak akaun Facebook yang terkena jangkitan spam atau virus dengan hanya klik link pemendek tersebut. So, beware.
  7. Gunakan perisian Anti-Virus yang berkesan seperti Microsoft Security Essentials atauKaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  8. Gunakan perisian Firewall yang berkesan seperti Kaspersky Internet Security atauKaspersky PURE dan selalu dikemaskini.
  9. Selalu scan komputer anda dengan perisian Anti-Virus yang berkesan dan selalu dikemaskini bagi membuang sebarang perisian jahat.
  10. Password mestilah kukuh dengan kombinasi huruf, nombor dan simbol sepertiaskjyskjthsgafqkldshbd920!%{}. Jangan ambil perkataan dalam kamus sebagai password.
  11. Selain itu, elakkan menggunakan tarikh lahir, nama teman wanita, nama keluarga, nombor telefon, nama ibu, nombor kad pengenalan, nombor plat kenderaan dan sebagainya sebagai password.
  12. Tidak digalakkan simpan password Facebook anda di browser internet anda.  Mengingati password adalah lebih baik.
  13. Guna perisian percuma seperti CCleaner untuk remove historyweb cache , web cookies dan sebagainya untuk memadam rekod pelayaran Facebook anda.
  14. Memanfaatkan setting Account Security di akaun Facebook anda seperti di sini.
  15. Jangan menggunakan talian Wi-Fi yang diragui keselamatannya seperti di kafe siber, kedai kopi, kolej, universiti, restoran, hospital dan sebagainya untuk log in akaun Facebook anda.
  16. Jangan mendaftar di laman web yang lemah sekuritinya dan diragui keselamatannya seperti mendaftar di laman web jiwang.org dan sebagainya.
  17. Jangan pamerkan alamat e-mel anda di ruangan Info di Akaun Facebook anda.
  18. Jangan klik sebarang link yang dihantar ke alamat e-mel anda yang diragui keselamatannya.  Sila periksa dahulu siapa pengirim e-mel tersebut sebelum klik link tersebut.
  19. Jangan online Facebook anda di kafe siber.
  20. Jangan menjadi mangsa keylogger.  Sila gunakan perisian Anti-Virus sepertiKaspersky Internet Security atau Kaspersky PURE untuk scan jika ada keyloggeryang menusup masuk ke sistem komputer anda.
  21. Jangan install sebarang perisian crack ke dalam komputer anda.  Jika hendak crack sebarang perisian, gunakan serial number dan bukannya keygen.
  22. Jangan mencari gaduh dengan hacker atau penggodam.
  23. Untuk anda yang memiliki Facebook Fan Page, kalau boleh jangan pamerkan Page Owner di sidebar kiri Facebook Fan Page anda sebagai langkah keselamatan.
  24. Bagi yang memiliki Facebook Fan Page sendiri, sila pastikan semua admin Fan Page anda itu mengikuti tips yang tertera di atas ini bagi mengelakkan Facebook Fan Pageanda mudah digodam.

Download software sekaligus...

https://ninite.com/

Sunday, September 28, 2014

Url

http://wangolds.com/Thread-caranya-untuk-mengisi-air-cincin-batu-dan-lain-lain#.VCgNi5SyTto

Kuat Zakar

Petua Lelaki Mengurut Zakar

Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya semasa zakar masih tegang, ambil air liur basi dari langit-langit menggunakan ibu jari yang kanan. Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali berturut-turut. Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar lalu urut sekali lalu dari kepala zakar menghala ke lubang kencing. Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu ketika berjimak.

wallauaqlam...............

Elak tembung Ular dan Kala


Bacalah ayat ini semasa berada dimana-mana

" A'uzubika limatilla hi tammaa ti min syarrima kholaq"

Petua simple Lelaki Untuk Membesarkan Zakar


 
  
Petua Lelaki Untuk
Membesarkan Zakar

Semasa zakar anda masih lembik, pegang dan tarik kepala zakar ke bawah antara kedua-dua belah kaki. Tarik ke sebelah kiri dan tahan selama lebih kurang 5 minit iaitu sebanyak 3 kali sehari. Cara ini dapat membantu membesarkan saiz, memanjang, menguatkan serta mengeraskan zakar anda.

cubalah utk keberkesannya........Big GrinBig GrinBig Grin

Hikmah

PETUA SUPAYA PENCURI/PENYAMUN JADI MACAM 'PATUNG' BILA JEJAK KAT RUMAH >> wangolds.com
 
  
ZAMAN SEKARANG NI PENCURI/PEROMPAK DAH MAKIN BERANI DAN SANGAT BAHAYA, BANYAK DAH KES SAMUN DAN BUNUH SEJAK AKHIR-AKHIR NIH.

SO, AKU NAK KONGSI SEDIKIT PETUA SUPAYA PENCURI/PENYAMUN JADI MACAM 'PATUNG' BILA JEJAK KAT RUMAH KORANG. PENTING SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

CARA-CARANYA

1. Berpuasa sunat 7 hari dimulai pada hari selasa atau hari khamis

2. Selama puasa setiap selesai sholat fardhu Asar membaca ayat dibawah 221x :

(perlu dihafal dahulu)

Bismillahirohmanirohim
Kulli nafsin dzaa-iqotulmaut. Wainnama tuwaffawna ujuurakum yawmal qiyaamah. faman zhuziha 'anin-naari wa-udkhilal-jannata faqod faaz (Ali Imron : 185)

3. Setelah selesai puasa kelilingilah tempat yang anda maksud (rumah/sawah/ladang/bilik) dengan cara tiap langkah harus mengangkat kaki sambil membaca ayat diatas 1x kemudian turunkan kaki, kemudian melangkah lagi sambil angkat kaki sambil baca ayat diatas 1x dan seterusnya.

BILA KORANG DAH TANGKAP 'TIKUS' YANG DAH TAK BOLEH BERGERAK MACAM PATUNG TU, CALL LA POLIS...DAN KALAU NAK PULIHKAN 'TIKUS-TIKUS' NI, KORANG BACA AYAT KAT BAWAH NI

"Wamal hayaatud-dunyaa illa mataa'ul ghuruur. Walaa taluumunna illa min anfusikum min 'azmil-umuur"

Sumber : http://wangolds.com/Thread-PETUA-SUPAYA-PENCURI-PENYAMUN-JADI-MACAM-PATUNG-BILA-JEJAK-KAT-RUMAH#.VCgKYpSyTto

Zikir untuk Rezeki

ZIKIR UNTUK REZEKI



YA ALLAH YA FATTAH

Salah satu nama Allah SWT, Al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah SWT, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, Ya Fattah Ya ‘Alim.”

Senarai link

http://doapenunduk.blogspot.com/2013/08/mengatasi-masalah-anak-anak-yang-nakal.html

Surah Al-Ikhlas


SURAH AL-IKHLAS

112. SURAH AL-IKHLAS (4 ayat) – ‘IKHLAS/ TULUS’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al-Ikhlas adalah surah yang ke 112 di dalam Al Quran yang bererti tauhid yang sebersih-bersihnya. Rasulullah SAW diperintahkan agar menegaskan kepada umum bahawa Allah Taala Maha Esa dan tiada sebarang bandinganNYA. Surah ini merupakan firman Allah yang menjadi pokok akidah yang sebersih-bersihnya untuk dijadikan asas pegangan hidup umat Islam. Disebut surah al-Ikhlas (menyelamatkan) kerana surah itu menyelamatkan orang yang membacanya daripada kesulitan dunia juga sakratulmaut dan menyelamatkan dari gelap-gelita kubur dan tragedi hari kiamat.


Terjemahannya:

1.Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2.Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3.Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4.Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". 



FADILATNYA:-

1. Membaca surah ini 1 kali, Allah Taala memberi pahala sebanyak pahala 100 orang pahlawan syahid.

2. Sesiapa yang membaca surah ini 10 kali selepas tiap solat Subuh, maka tidak akan terjadi kepadanya suatu dosa pun, walaupun syaitan bersungguh-sungguh menggodanya.

3. Sesiapa yang membaca surah ini 1 kali maka seolah-olah dia membaca sepertiga Al Quran.

4. Sesiapa yang membaca surah ini 3 kali, maka seolah-olah dia membaca keseluruhan Al-Quran.

5. Baca surah ini dalam solat-solat fardhu, Allah SWT mengampuni pembacanya berserta kedua ibubapanya lalu menuliskan mereka dalam buku daftar orang-orang yang berjaya.

6. Membaca surah ini 10 kali, Allah SWT akan membinakan untuknya sebuah rumah di dalam syurga.

7. Sesiapa yang membaca surah ini semasa dalam sakit yang membawa kepada kematiannya, maka ia tidak akan busuk di dalam kuburnya dan selamat dari kesempitan kubur serta para malaikat membawanya dengan sayap-sayap mereka sehingga melintasi titi Shiraathalmustaqim terus menuju ke syurga.

8. Baca surah ini di atas perkuburan sebanyak 11 kali dan pahalanya dihadiahkan kepada umat Islam yang telah meninggal dunia, maka diterimakan kepadanya pahala sebanyak mereka yang telah meninggal.

9. Membaca surah Al Ikhlas 200 kali pada setiap hari, Allah SWT mengampuni segala dosanya selama 50 tahun melainkan dosa hutang.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
- Riwayat al-Baihaqi


10. Membaca surah Al Ikhlas 51 kali pada setiap hari, nescaya dibangkitkan ia dari kubur terus ke syurga.

11. Barangsiapa terlupa membaca “Bismillah” pada permulaan makan, bacalah surah Al Ikhlas selepas selesai daripada makan.

12. Petua menawar bisa sengatan kala jengking – Ambil air dan tuangkan kedalam bekas dan masukkan sedikit garam, rendamkan tangan atau kaki yang terkena sengat itu di dalamnya sambil membaca surah Al Ikhlas, surah Al Falaq dan An-Naas. Teruslah berbuat demikian hingga rasa sakit bekas sengatannya hilang.

13. Pada bulan Ramadhan ketika berpuasa, kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. Mesti sahur. Ketika hendak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.

Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi, sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tidak akan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

14. Surah Al Ikhlas itu adalah ayat-ayat yang dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita.

15. Diceritakan, seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w mengadukan kemiskinannya, maka oleh baginda dikatakan yang membawa maksud: Apabila kamu masuk rumahmu, maka bacalah surah al-Ikhlas.

16.Baca surah ini 11 kali dan tiupkan pada tengkuk orang yang degil untuk lembutkan hati mereka.

17. Sesiapa yang membaca surah ini dalam Solat Sunat Dhuha pada rakaat kedua sebanyak 10 kali setelah membaca Ayat Kursi 10 kali pada rakaat pertama, insyaAllah ada rezeki untuknya pada hari itu.

Surah Yaasin


SURAH YAASIIN

36. SURAH YAASIIN (83 ayat) – ‘HAI MANUSIA’

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Yaasiin adalah surah yang ke 36, terdiri atas 83 ayat dan diturunkan selepas surah Aj- Jin. Ia dinamakan Yaasiin kerana permulaan surah tersebut dengan dua huruf iaitu Yaa dan Siin, yang ertinya hanya Allah SWT yang mengetahui. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah SWT mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah SWT bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

Surah Yaasiin adalah "Hati" Al Quran.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Bukti-bukti adanya hari berbangkit; Al Quran bukanlah syair; ilmu, kekuasaan dan rahmat Allah SWT; syurga dan sifat-sifat-Nya yang disediakan bagi orang-orang mukmin; mensucikan Allah SWT dari sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya; anggota badan manusia menjadi saksi pada hari kiamat atas segala perbuatannya di dunia.

2.KISAH-KISAH: Kisah utusan-utusan Nabi Isa a.s dengan penduduk Anthakiyah.

3. LAIN-LAIN: Tidak ada faedah peringatan bagi orang-orang musyrik; Allah SWT menciptakan segala sesuatu berpasang-pasangan; semua bintang-bintang di cakerawala berjalan pada orbit yang telah ditetapkan Allah SWT; ajal dan hari kiamat datangnya secara tiba- tiba; Allah SWT menghibur hati Rasulullah SAW terhadap sikap kaum musyrikin yang menyakitkan hatinya.

AMALAN TRADISI:

Surah ini mempunyai kedudukan tersendiri dalam tradisi kehidupan sebagian umat Islam. Meskipun keabsahan tradisi tersebut diperdebatkan, Surah Yaasin ini sering dibaca pada waktu-waktu tertentu seperti ketika seseorang sedang menghadapi sakratul maut, malam Jumaat, malam Nisfu Sya'ban, tahlil, dan lain sebagainya.

FADILAT SURAH YAASIIN:-


1. Membaca Yaasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya akan diampunkan dosanya.


2. Sesiapa yang membaca surah Yaasiin nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali ganda membaca Al Quran seluruhnya.


3. Barangsiapa membaca surah Yaasiin, apabila sampai pada ayat :

("Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib mengenai kisah penduduk sebuah bandar (yang tertentu) iaitu ketika mereka didatangi Rasul-rasul (Kami)")

ia berdoa apa-apa yang dikehendaki, nescaya dimaqbulkan doanya.


4. Sesiapa yang menjadikan bacaan surah Yaasiin sebagai wirid amalnya pada setiap malam sehingga tiba ajalnya, nescaya ia memperolehi mati syahid.


5. Sesiapa masuk kawasan kubur dan baca surah Yaasiin (dimana pahalanya dihadiahkan kepada ahli kubur) maka sejak hari itu seksa mereka diringankan dan baginya kebaikan sejumlah penghuninya.


6. Untuk mengelakkan kanak-kanak berusia antara 5 bulan hingga 1 tahun yang baru meniarap atau merangkak dari suka makan debu atau sampah-sampah halus, pegang tangan kirinya dan bukakan tapak tangan lantas bacakan surah Yaasiin dari ayat 1-9. Kemudian sambung dengan Ayat 82-83. Dengan izin Allah, sekiranya dijadikan sebagai amalan, kanak-kanak itu akan jadi berani, hatinya kuat, tabah, mudah menerima segala ilmu serta memudahkan rohani dan jasmaninya melakukan segala kebaikan.


7. ~ Amalkan Ayat 9 untuk lindungi diri dari dianiaya.

~ Baca Ayat 9 sewaktu hendak tidur sebanyak 7 kali sebagai ikhtiar aman dan selamat dari pencuri.


“Dan Kami jadikan di hadapan mereka dinding, di belakang mereka pun dinding, maka Kami rabunkan (mata) mereka sehingga tak dapat lagi mereka melihat.”

~ Ayat 9 ini juga digunakan sebagai “Ayat Pelepas”, dibaca apabila selesai mengurut orang supaya penyakit orang itu tidak dipindahkan kepada si pengurut.


8. Baca ayat 10, 40kali selepas solat subuh dan maghrib untuk pendinding daripada perbuatan sihir.


"Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya - mereka tidak akan beriman."


9. Ayat 12 - Jantung Yaasiin. Nabi saw berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat. Surah Yassin dibaca ketika orang sakit, semasa nazak atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur (terutama ayat 12).


"Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata."


10. Untuk menjaga aqidah. Memberi hidayah kepada anak. Amalkan ayat-ayat 22-23.


(22)Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): "Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan? (23)"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku."


11. Baca Ayat 29 untuk mengelakkan diri dari difitnah dan kejahatan mulut. Untuk mendiamkan orang yang selalu melemparkan kata-kata buruk atau tidak menyenangkan kepada kita, baca ayat ini dan tiupkan ke muka orang tersebut.


"(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi."


12. Ayat 30 untuk keinsafan – supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).


“Alangkah besarnya penyesalan hamba-hamba Allah apakala didatangi sebarang Rasul tak dapat tidak pasti mereka mendustakannya.”


13. Ayat 33-35 elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.


14. Amalkan Ayat 36 sebagai ikhtiar bagi yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya: Baca 7x, hembus ke tangan dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah. Kemudian Zikir "YA WADUD" 3x.


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya."


15. ~ Amalkan Ayat 58 agar akhlak atau pekerti anak-anak yang nakal, malas mengaji dan sebagainya menjadi baik, rajin dan bijaksana.

~ Sebagai pelindungan dari wabak penyakit : Ayat 58 di baca 28 kali setiap hari pada musim (wabak) penyakit melanda, insyaAllah diri terselamat daripada penyakit itu.


"(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani." 


16. Ikhtiar untuk dicintai dan dikasihi orang: ambil air atau makanan, dibaca padanya Bismillah 786x dan Ayat 72 lalu diminumkan atau diberi makan kepada seseorang yang dimaksudkan.


"Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan."


17. Ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar Rahman Ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar atau anak-anak yang bersekolah.


18. Ayat 76 dibaca untuk mententeramkan diri jika hati rasa sedih, sebak ataupun kecewa.



"Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan."



Amalan untuk memohon hajat:-

1. Selepas sembahyang subuh
2. Tiga Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, insyaAllah dgn berkat Allah ianya termakbul. Wallahualam.


Kaifiat membaca Surah Yaasiin yang baik ialah :-
1. Hendaklah berwuduk. Istighfar 3 kali kemudian baca Al Fatihah 3 kali.
2. Membaca Selawat Nabi 11 kali
3. Membaca Surah Yaasiin.
4. Setelah selesai, bacalah Surah Al-Insyirah, Surah Al-Qadr, Surah Al-Fiil, Surah Al-Kafiruun, Surah Al- Ikhlas, Surah Al Falaq dan Surah An Nas
5. Disudahi dengan doa.

Khaifiat membaca Surah Yaasiin Malam Nisfu Syaaban:
Seeloknya Yaasiin dibaca pada malam Nisfu Syaaban kerana ia akan mendatangkan rahmat. Caranya:-

1. Waktunya selepas solat fardu Maghrib, 15 Syaaban.
2. Dibaca 3 kali berturut-turut diserta dengan niat atau doa memohon kepada Allah tiga perkara:-
a. Bacaan pertama mohon dilanjutkan usia di dalam kebajikan
b. Bacaan kedua mohon ditetapkan iman dan supaya mati kelak dalam keadaan beriman yang sempurna
c. Bacaan ketiga memohon dimurahkan rezeki yang halal lagi banyak.


Kisah Nabi saw. yang berkaitan dengan Surah Yaasiin
Kisah Pertama:-
Ketika Abu Jahal dan puak musyrikin bermesyuarat untuk membunuh Nabi saw., mereka telah mengepung rumah Nabi saw. bermula dari waktu maghrib. Ketika menjelang fajar, Nabi saw. membaca surah Yaasiin sebanyak 7 kali bermula dari ayat 1-9. Maka setelah itu, Nabi saw. keluar membuka pintu dan mendapati musuh-musuhnya tidur dengan nyenyak sekali. Sesuatu yang pelik dan menghairankan ialah iblis yang menyamar sebagai Bani Najad pun juga turut tertidur sedangkan sebelum itu ratusan ribu tahun tidak pernah tidur. Lantas Nabi s.a.w. mengambil pasir dan melempar ke atas mereka dan mereka tidur dengan lebih nyenyak lagi. Itulah pertolongan Allah SWT kepada Nabi s.a.w.

Kisah Kedua:-
Diriwayatkan dari Ibnu Al Kalbi bahawa seseorang telah terancam nyawanya oleh musuh-musuhnya. Lantas lelaki itu mengadukan halnya kepada seorang alim, maka orang alim itu menasihatkan agar dia membaca surah Yaasiin setiap kali hendak meninggalkan rumah. Lelaki tersebut melakukan apa yang dinasihatkan. Maka setiap kali dia bertemu dengan musuhnya, musuh itu gagal melihat dirinya.

Sumber : http://bliss-infinity.blogspot.com/