Aku kenalimu sejak tahun 1997, namun pada ketika itu ko datang hanya kerana aku ingin belajar kerana mahu menyelamatkan diriku dari menjadi mangsa buli semasa menuntut di salah sebuah IPTA di Semenanjung Malaysia. Ya, pelajar baru pada ketika itu memang tidak lari dengan program suai kenal sama ada program yang dibuat oleh pihak kolej itu sendiri bahkan ada juga program yang dibuat-buat oleh pelajar senior yang kononnya dengan program tersebut maka pelajar baru dapat mempelajari pengalaman hidup di kampus dan hidup menghormati pelajar yang lebih senior...Jawapanku...bukannya menjadi pelajar yang hormat bahkan menjadi pelajar yang bersikap defensif dan pelajar yang akan bersikap KURANG AJAR...kerana sikap Senior itu sendiri yang menunjukkan belang sikap KURANG AJAR.
Ceritanya bermula...pada malam dimana saya sedang mahu melelapkan mata mahu tidur...tetiba pintu bilik 119 diketuk...Tap,Tap, Tap...pelajar baru sila keluar...Lalu saya pun keluar dan dibawa kesebuah bilik oleh pelajar-pelajar senior. Didalam bilik kelihatan beberapa pelajar junior sedang duduk macam seorang pendatang asing yang duduk menanti dibawa ke pusat pemindahan warga asing. Sedang pelajar senior duduk ala-ala KL Gengster...sorang-sorang dipanggil untuk memperkenalkan diri...Sehinggalah tiba kepada giliranku...Dan aku ditanya seperti seorang pesalah ditengking dan dimarahi...
Seorang senior bertanya kepadaku...wajahnya bagaimana? Jawabku mudah...wajahmu seperti Bangla...Bersambung...
No comments:
Post a Comment